30 Oktober 2016

Jenis order

Antara order yang biasa digunakan ketika trading Forex.

Market Order (Instant Execution)

Buy atau Sell pada harga semasa. Order ini anda mesti execute sendiri secara manual.

 Pending Order

Order ini akan execute secara automatik di server (tidak perlu buka platform di pc) apabila price berada di paras yang anda tetapkan.


Pending order terbahagi kepada dua:
Limit Order/Stop Order
Buy limit = Buy bawah dari harga semasa.
Sell limit = Sell atas dari harga semasa.
Take profit = Untuk letak target.
Buy stop = Buy atas dari harga semasa.
Sell stop = Sell bawah dari harga semasa.
Stop loss = Untuk hadkan kerugian. Contohnya anda buy EUR/USD pada 1.3500 dengan stop loss pada 1.3400 (100 pips). Kemudiannya EUR/USD turun ke 1.3400. Jadi trade anda telah ditutup secara automatik dan loss 100 pips.
Trailing stop = Untuk melindungi keuntungan anda. Order ini dilaksanakan oleh trading platform, oleh itu ia perlulah dibuka (run) pada masa tersebut.
Trailing stopContohnya anda sell EUR/USD pada 1.3500 dan anda set trailing stop 50 pips. Kemudian EUR/USD jatuh ke paras 1.3400. Stop anda sekarang mesti dah beralih ke 1.3450. Selepas itu EUR/USD jatuh lagi ke 1.3350. Jadi sekarang stop dah beralih ke 1.3400. Trailing stop ini execute secara automatik setiap 50 pips atau lebih. Katakan EUR/USD naik semula ke 1.3400, jadi trade anda akan ditutup oleh kerana ada stop di 1.3400 tadi. Keseluruhannya anda untung 100 pips sahaja (1.3500-1.3400) walaupun sebelum ia ditutup tadi telah mencecah 150 pips (1.3500-1.3350).

Jenis analisis

Tujuan kita membuat analisis adalah untuk menjangkaan hala tuju pair yang kita dagangkan, sama ada akan naik atau turun. Untuk menjadi trader yang berjaya, anda mesti fahamkan kedua-duanya sekali kerana ia saling berkaitan.
Analisis Teknikal (TA) = Analisis yang dibuat berdasarkan graf matawang pada trading platform.
Analisis Fundamental (FA) = Kajian tentang perubahan dalam ekonomi, politik dan sosial yang mempengaruhi nilai matawang.

Cara membuat untung dari FX

Contohnya price EUR/USD semasa adalah 1.3200. Esoknya anda tengok dah naik ke 1.3300. Jadi perbezaan di situ adalah 0.0100 iaitu 100 pips. Nilai inilah yang tentukan berapa jumlah anda untung atau rugi.
Dalam situasi di atas, anda menjangkakan EUR/USD akan naik. Maksudnya nilai EUR lebih mahal berbanding USD. Jadi anda membuka position Long pada 1.3200 dan close pada 1.3300, anda untung 100 pips. Jika position Short, anda akan rugi 100 pips.
Jadi berapa pula nilai untung dalam dollar? Nilai 1 pips bergantung dengan besar lot anda. Jika tadi anda long 1.0 standard lot (nilai per pips = $10). Jadi 100 pips x $10 = $1000 untung.

Jenis pasaran

Trader boleh mengambil keuntungan dalam kedua-dua jenis pasaran kerana Forex adalah pasaran dua hala.
  • Bullish Market = Harga pair yang sedang menaik secara keseluruhan.
  • Bearish Market = Harga pair yang sedang menurun secara keseluruhan.

Rollover (Swap)

Caj yang dikenakan oleh broker sekiranya ada position yang belum ditutup dan dibawa ke hari berikutnya. Positif atau negatif swap bergantung dengan jumlah lot, jenis pair dan posisi yang dibuka. Swap positif bermaksud broker membayar kepada anda, manakala negatif pula adalah sebaliknya. Kadar swap juga berubah dari masa ke semasa. Untuk mengelakkan caj rollover, anda boleh membuka akaun Islamic (swap free).

Pips dan Pipettes

Pip = Nilai perubahan pada harga satu pair. Jika kita perhatikan price chart 5 decimal adalah lebih aktif, nampak perubahan yang lebih kecil pada price.
Contohnya EUR/USD:
4 decimal: dari 1.3400 naik ke 1.3500 = 100 pips
5 decimal: dari 1.34000 naik ke 1.35000 = 1000 pipettes
 
Nampak tak yang 5 decimal ada lebih satu digit di belakang? Yang itu lah kita panggil pipettes (fractional pips).
1 pips = 10 pipettes

Bid/Ask & Spread

Bid = Harga anda short (sell).
Ask = Harga anda long (buy). Nilai ask semestinya lebih tinggi dari bid.
Spread = Perbezaan Ask-Bid (caj broker kepada anda). Spread berbeza antara pair dan ditentukan oleh broker. Ada broker mengenakan spread dalam bentuk tetap (fixed) dan ada juga dalam bentuk terapung (variable/floating), sentiasa berubah-ubah setiap masa. Broker yang menggunakan pricing 4 decimal mengenakan caj dengan fixed spread. Manakala broker 5 decimal pula dengan variable spread. Lazimnya broker dengan variable spread mengenakan caj yang lebih murah. Tetapi ada juga broker yang menawarkan pilihan kedua-dua jenis spread tersebut.

Trading platform

Trading platform adalah software yang digunakan untuk melaksanakan segala urusan dagangan Forex seperti membuat analisa dan membuka/menutup posisi. Software yang paling banyak digunakan adalah MetaTrader 4. Namun dalam perkembangan teknologi yang semakin canggih, pengguna tidak lagi terikat dengan aplikasi komputer sahaja, malahan trading boleh dilakukan dengan aplikasi mobile. Ada juga platform yang berasaskan web tanpa memerlukan apa-apa pemasangan. Anda boleh dapatkan/download semua trading platform ini secara percuma di internet.

http://www.metatrader4.com/en/download

Jenis akaun, unit & lot

Nilai untuk satu pips untung rugi adalah bergantung dengan beberapa faktor:
  1. Jenis akaun
  2. Saiz lot yang dibuka
  3. Pair yang didagangkan
Jenis AkaunUnitNilai 1 pips per lot *
Standard100,000$10
Mini10,000$1
Micro1000$0.10
Nano100$0.01
* anggaran kasar, bergantung dengan faktor di atas.

Leverage

Dengan adanya leverage kita mampu trade seolah-olah ada modal besar. Sebab itu jangan hairan mengapa kita boleh buka lot besar dengan modal kecil. Besar atau kecil leverage bergantung dengan apa yang broker tawarkan. Ada yang offer maximum 1:50 dan ada juga sampai 1:2000.
Sebagai contoh, leverage 1:100 (1% dari modal).
Nisbah itu menunjukkan margin atau downpayment atau deposit yang broker kenakan, selebihnya broker dahulukan (pinjam). Katalah anda cuba trade $100,000, jadi broker perlukan $1000 deposit dari anda untuk membuka position itu. Maksudnya anda mampu membuat pinjaman dagangan 100 kali ganda dari modal anda ($1000×100=$100,000).
Leverage jika silap guna memang boleh membawa padah. Leverage yang tinggi bermaksud risiko pun tinggi (sekiranya diguna secara maksimum).

Long/Short (Buy/Sell)

Oleh kerana pasaran Forex dua hala, ramai yang keliru dengan istilah yang digunakan. Jika Buy memang logik kerana membeli sesuatu. Tetapi bila masuk position Sell, mulalah confuse sambil garu kepala.
Eh, nak jual apa? Takde apa tiba-tiba nak jual pulak.
Sebab itu saya lebih suka dengan istilah Long dan Short. Baru nampak apa yang dijual beli. Contohnya kita Long EUR/USD, maksudnya kita beli base currency (EUR) dan jual semula ke quote currency (USD). Manakala untuk Short pula adalah sebaliknya. Kebanyakkan trading platform pada masa sekarang menggunakan Buy/Sell dalam aplikasi mereka.
  • Long = buy base / sell quote
  • Short = sell base / buy quote