26 Jun 2018

Scalping

Ini adalah antara bentuk perdagangan yang paling popular, terutamanya di kalangan pendatang baru. Ia jenis perdagangan yang rancak, mencabar minda dan mencetus adrenalin.
Objektif utama scalping adalah untuk bergegas berdagang di waktu pasaran paling sibuk, sambar jumlah pip yang kecil dan keluar dari pasaran secepat mungkin. Walaupun pendapatan dari satu dagangan tunggal sangat terhad, pedagang boleh meningkatkan hasilnya dengan melaksanakan berdozen-dozen dagangan sebegitu sepanjang hari. Seorang 'scalper' harus sentiasa tahu bila untuk berhenti kerana terlebih berdagang (overtrading) boleh mengikis baki akaun dengan pantas seandainya beliau terlajak membuat banyak keputusan yang buruk secara berterusan.
Kelebihan utama perdagangan yang sebegini adalah potensi pulangan yang besar (jika anda cukup cepat, cekap dan tangkas untuk melaksana banyak dagangan di dalam tempoh yang sangat singkat). Leveraj membolehkan scalper dengan sumber awal terhad untuk menuai hasil yang besar, tetapi anda harus berhati-hati dengan kerugian besar yang mungkin dialami dari penggunaan leveraj yang tidak sesuai. Satu pip yang diraih boleh membawa banyak wang kepada anda dengan leveraj. Sebaliknya, satu pip yang melawan anda boleh mendatangkan kerugian besar. Jadi ia satu perdagangan yang tidak berapa menentu.
Scalping tidak sesuai dengan mereka yang tidak biasa berdagang di dalam persekitaran berisiko tinggi.
Perdagangan jenis sebegini menuntut kefahaman mendalam tentang platform dagangan anda; anda tidak harus berfikir terlalu banyak tentang prosedur pengoperasian; anda harus memberikan fokus sepenuhnya pada pergerakan harga.

Contoh pedagang


Jika anda tekad mahu berdagang gaya scalping, anda mungkin berminat untuk mendapatkan nasihat profesional dari scalper paling berjaya sepanjang zaman– Paul Rotter. Pedagang ini dilaporkan membuat $65-78 juta setahun sepanjang 10 tahun beliau scalping kontrak-kontrak paling cair di Eurex.
"Saya memang dari dahulu lagi berdagang dengan kerap, adakalanya sehingga 100 dagangan sehari. Saya mencari 3-5 tick sahaja", kata-kata pengakuan dari scalper kita.
Apa yang beliau lakukan unutk mengelak dari terlebih berdagang? Beliau hanya menetapkan had harian untuk keuntungan dan kerugiannya. Sebelum bergegas membuat dagangan, beliau menetapkan had untuk berpada-pada, kerugian maksimum yang beliau mampu tanggung untuk satu-satu hari. Beliau membuka posisi-posisi yang agak berisiko, tetapi bila ia mula melawan, beliau tanpa emosi menutupnya. Beliau sering berkata: "Sebagai pedagang, anda seharusnya tidak mempunyai pendapat. Lebih banyak pendapat anda ada, lebih sukar unutk keluar dari posisi yang kerugian."
Sebaliknya, di waktu beliau terus menerus menang, beliau menjadi benar-benar lebih agresif; beliau mengambil risiko yang lebih besar, dan mengecilkannya di waktu kalah sahaja. Ada masanya benar-benar payah hendak melakukan yang sebegitu. Jadi, Paul Rotter cuba untuk sentiasa ada seseorang di sisi beliau, yang neutral, yang boleh memaksa beliau menutup terminal apabila beliau sudah mencapai takat untuk berpada-pada dan berhenti.
Dagangan beliau bukanlah tanpa arah, beliau sandarkan keputusan-keputusan beliau kepada analisis pasaran. Sebelum membuka terminal, Paul Rotter cuba periksa semua laporan ekonomi yang bakal diumumkan, ucapan tokoh politik berpengaruh dan gabenor-gabenor bank pusat – apa sahaja yang mampu mempengaruhi arah tuju harga – sehinggalah beliau mendapat gambaran penuh pasaran.

22 Jun 2018

Kesilapan-kesilapan lazim trader Forex




“Hanya si tolol yang belajar dari kesilapan sendiri, orang yang pintar belajar dari kesilapan orang lain.“

Pernahkah anda dengar mutiara kata ini?
Kami telah kumpulkan kesilapan-kesilapan paling lazim dilakukan para pedagang. Elak dari mengulangi kesilapan anda sendiri, belajar dari kesilapan orang lain! 
"Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk kegagalan "

Semua orang tahu bahawa ianya agak sukar untuk melakukan sesuatu tanpa merancang. Bagi kami ia lebih teruk dari itu: ianya mustahil untuk berdagang tanpa sebuah perancangan. 
Sebuah pelan perdagangan (trading plan) adalah sebuah set peraturan yang terdiri daripada strategi perdagangan anda dan strategi pengurusan modal. Sebuah pelan akan membantu anda menentukan bila untuk memasuki suatu dagangan, cara-cara untuk keluar dari dagangan yang tidak berjaya, masa untuk mencapai sasaran anda, amaun modal yang hendak dirisikokan. Tanpa pengetahuan ini, anda pasti akan kecundang.


Tidak mempunyai Renti Rugi (Stop Loss) 
Walaupun anda 100% pasti dengan sasaran keuntungan anda, lebih baik jika anda pasangkan Renti Rugi. Pasaran Forex sangat meruwap, dan berita boleh membuat pasaran tunggang terbalik. Pada bulan Januari 2015, Bank Nasional Switzerland secara tiba-tiba menggugurkan tambatan nilai franc melawan euro, lantas EUR/CHF menjunam 30%. Peristiwa ini membuatkan semua orang terkejut. Ramai pedagang yang tidak memasang pesanan Renti Rugi mengalami kerugian besar. Jika anda tidak mempunyai Renti Rugi, anda mungkin terlepas dari terjebak dengan penyongsangan yang menjerumus kepada bencana.

Membesarkan lagi dagangan yang kerugian
Ada waktu-waktunya, para pedagang sangat yakin dengan sasaran perdagangan mereka, sehingga mereka jadi buta tidak dapat melihat realiti. Bayangkan jika anda membuka satu pesanan beli, tetapi pasaran bergerak ke bawah. Anda, bagaimana pun, sangat yakin anda telah membuat perkara yang betul lantas membesarkan lagi saiz posisi anda dengan harapan harga akan berpatah balik ke atas tidak lama kemudian. Di dalam situasi seperti ini anda hanya menggandakan kerugian. Jika anda mempunyai posisi aktif, anda kehilangan keupayaan untuk membuat pertimbangan yang tidak bias dan tindakan anda menjadi kecamuk. Kesimpulannya, jangan pernah membesarkan lagi dagangan yang kerugian. 
Perkara yang sama berlaku bila seseorang pedagang mengurangkan jarak Renti Rugi sewaktu dagangan tidak menguntungkan, supaya dagangan tidak ditutup dengan kerugian. Berpegang teguhlah dengan keputusan awal anda. Jika tidak, kerugian anda akan menjadi lebih besar. Jika ia keputusan yang salah, analisa di mana silapnya selepas dagangan ditutup, belajar dari dagangan ini dan gunakan pengetahuan ini untuk membuat dagangan yang lebih baik di lain kali.


Pengurusan risiko yang lemah
Para pedagang yang tidak menguruskan risiko mereka, berisiko kehilangan segala-galanya. Para pedagang tidak boleh fikir tentang keuntungan sahaja. Anda harus selalu mengira berapa banyak wang yang anda berisiko untuk hanguskan bagi setiap dagangan dan setiap hari. Jika anda kawal potensi kerugian anda agar tidak melebihi had tertentu, anda akan mampu bertahan di dalam pasaran untuk suatu masa yang lama, seterusnya mempunyai lebih banyak peluang untuk mengaut keuntungan. Pegang teguh kepada peraturan: risikokan 1% per dagangan. Jangan biarkan apa-apa melalaikan anda dari peraturan ini.


Mengabaikan pengumuman berita
Setiap pedagang tahu bahawa peristiwa-peristiwa dan pengumuman data-data memberi kesan kepada pasaran Forex. Jika indikator ekonomi sebenar berbeza dengan aras yang diunjurkan, pasangan matawang menjadi meruwap. Hasilnya, semua pedagang, walaupun mereka yang memilih untuk tidak berdagang ketika berita, mengambil kira berita dalam pertimbangan mereka. Mengabaikan berita adalah satu kesilapan serius yang boleh dielakkan dengan mudah jika anda merancang perdagangan anda dan merujuk kepada kalendar ekonomi.

Mendagangkan pasangan yang berkorelasi
Para pedagang sering cuba untuk membuat beberapa dagangan harian (day trades), tetapi ramai yang tidak mengambil kira tentang korelasi matawang. Sekali pandang, ia tampak seperti peluang yang baik untuk membuat wang dengan berdagang beberapa pasangan, tetapi awas: jika anda nampak setup dagangan yang sama di beberapa pasangan, kemungkinannya tinggi mereka berkorelasi. Jadi ini bermakna anda sama ada menang semua atau kecundang dalam semua pasangan sekali gus. Sebagai contoh, USD/CHF dan USD/JPY mempunyai korelasi langsung yang besar: bila USD/CHF menaik, USD/JPY akan menguat juga. Jadi bila anda beli kedua-dua pasangan dalam masa yang sama, anda menggandakan risiko anda.

Cuba membalas dendam kepada diri sendiri 
Kerugian adalah sukar bagi sesiapa sahaja, terutama sekali newbies, jadi mereka cuba untuk membalas dendam kepada pasaran. Biasanya dagangan dendam kesumat 2-3 kali lebih besar dari dagangan sebelumnya yang kerugian. Natijahnya, mereka rugi lebih banyak lagi. Yang namanya kerugian itu memang tidak boleh dielakkan. Fokuskan tenaga bukan kepada perdagangan dendam, tetapi pada menganalisa dagangan yang tidak berjaya dan perbaikinya di masa hadapan.


Kurang pendidikan
Kekurangan pendidikan menjerumus kepada kerugian dan menjadikan kita buta. Jika anda mahu dagangan-dagangan yang menguntungkan, anda harus sentiasa perbaiki kemahiran anda. Jika matlamat anda adalah untuk menjadi pedagang yang berjaya, baca buku-buku pendidikan, belajar indikator-indikator baru dan berlatih dengan strategi-strategi baru.
Sebagai kesimpulan, anda pasti akan melakukan kesilapan ketika berdagang. Ada satu lagi mutiara kata:
"jika anda tidak melakukan kesilapan, anda sedang tidak melakukan apa-apa".
 Sungguh pun begitu, jika anda mengelak dari melakukan kesilapan-kesilapan yang disebut di dalam artikel ini, perdagangan anda akan berjaya dengan lebih pantas. 

21 Jun 2018

Belajar cara-cara berdagang: garis panduan untuk newbies



Anda telah membuka sebuah akaun di broker forex, tetapi tidak tahu apa perlu dilakukan seterusnya? Anda tertanya-tanya apakah yang anda perlu pelajari untuk menjadi seorang pedagang? Di sini kami telah himpunkan semua petunjuk-petunjuk yang membolehkan anda menjadi profesional Forex dengan pantas!

Unsur-unsur perdagangan

Berdagang forex bererti anda membeli atau menjual pasangan matawang dan membuat keuntungan dari perubahan kadar tukarannya. Perniagaan ini terdiri dari beberapa tindakan penting.

Perdagangan
Sebagai sebuah proses, perdagangan melibatkan membuka dan menutup pesanan di terminal perdagangan bernama MetaTrader. Pesanan adalah arahan untuk membeli atau menjual suatu pasangan matawang. Ilmu asas yang anda harus pelajari adalah bagaimana cara-cara untuk membuka, mengubah dan menutup pesanan di MT, cara-cara menggunakan pelbagai fungsi dan fitur pada perisian tersebut dan mentata suai carta. Anda boleh menemui panduan terperinci bagaimana untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran ini dari siri video khusus MetaTrader

Analisis pasaran
Untuk melakukan suatu dagangan, anda perlu tahu apa yang perlu dibuat. Analisis membantu anda memutuskan pasangan matawang yang mana hendak didagangkan, dan bagaimana hendak memperdagangkannya. Tambahan lagi, ia membolehkan anda mencari masa terbaik untuk memasuki pasaran.
Ada 2 jenis analisis yang utama.

Pertama sekali, anda perlu belajar menganalisa carta – mengenal pasti trend, mencari aras-aras penting di mana suatu harga boleh mengundur atau semakin mencanak-canak.

Keduanya, anda perlu memahami bagaimana peristiwa-peristiwa penting ekonomi mempengaruhi pasaran Forex. Anda perlu mentelaah kalendar ekonomi – jadual pengumuman ekonomi negara-negara utama dunia. Dengan bantuan kalendar itu, anda akan boleh berdagang pada waktu pengumuman berita baik, juga mengelakkan berita buruk daripada memberi kesan kepada dagangan anda.  

Pengurusan risiko
Pengurusan risiko membantu memastikan diri anda dari terpukul oleh hasil yang negatif dan menguruskan kewangan anda dengan cara yang membolehkan anda kekal di pasaran untuk masa yang panjang dan mempunyai beberapa peluang untuk berdagang. Ini adalah unsur yang perlu ada dalam perdagangan anda. Ketahui peraturan-peraturan pengurusan risiko yang utama yang akan membantu anda menghadkan kerugian anda dan memaksimumkan keuntungan anda.

Psikologi
Tidak lama selepas anda membuat dagangan anda yang pertama, anda akan mengerti bahawa proses ini agak memenatkan jiwa dan anda perlukan mindset yang betul dan sesuai untuk berjaya dalam berdagang. 



19 Jun 2018

Istilah Asas Forex Yang Perlu Anda Faham

Apakah maksud Ask Price (offer) dalam forex – harga di mana pelanggan atau trader boleh ‘BUY’ pada currency pair tertentu dan harga tersebut juga adalah harga broker forex boleh jual.
Apakah maksud Base Currency dalam forex – matawang pertama di dalam sesebuah pair. Contohnya dalam EUR/USD, EUR adalah base currency.
Apakah maksud Bear Market dalam forex – definisi pada waktu tertentu yang mana harga sedang jatuh
Apakah maksud Bull Market dalam forex – definisi pada waktu tertentu yang mana harga sedang naik
Apakah maksud Bid Price dalam forex – harga di mana trader boleh ‘SELL’ pada currency pair tertentu dan broker boleh beli.
Apakah maksud Conversion Rate dalam forex – kadar harga sesuatu matawang yang akan ditukar kepada matawang lain.
Apakah maksud Currency Pair dalam forex – dua matawang diletakkan secara berpasangan dan menunjukkan nilai matawang kedua berdasarkan matawang pertama. Contohnya EUR/USD pada harga 1.2510 bermaksud 1 Euro bersamaan USD 1.2510
Apakah maksud EA (expert advisor) dalam forex – software di mana digunakan bersama MT4 platform yang akan menjalankan trading secara automatik berdasarkan script yang telah diprogramkan. Dengan menggunakan EA, hanya perlukan sedikit trading manual atau mungkin tidak perlukan langsung.
Apakah maksud Leverage dalam forex – leverage membolehkan trader forex meningkatkan keupayaan trading dan menggunakan volume trading yang besar untuk trading. Contohnya dengan leverage 1:100 dan trader deposit USD100, ini bermakna kekuatan modal tersebut meningkat seolah-olah trader trade dengan modal USD10,000.
Apakah maksud Lot dalam forex – jumlah unit volume trading. 1 lot bersamaan 100,000 units.
Apakah maksud Margin dalam forex – nilai yang diperlukan untuk membuka posisi tertentu.
Apakah maksud Pip dalam forex – jumlah pergerakan pada harga pair tertentu. Contoh, jika EUR/USD bergerak dari 1.5000 ke 1.5500, ini bermakna harga telah bergerak 500 pip.
Apakah maksud Swap/Roll Over dalam forex – swap adalah cas yang dikenakan oleh broker forex jika posisi trading dibuka dan dibiarkan melepasi hari trading lain . Untuk mengelakkan dikenakan cas swap, anda boleh request Islamik Akaun Forex yang tidak dikenakan cas swap (Swap Free)
Apakah maksud Scalping dalam forex – gelaran/terma yang digunakan jika trader membuka dan tutup posisi trading pada kadar yang pendek seperti kurang 5 minit.
Apakah maksud Swing dalam forex – gelaran/terma yang digunakan jika trader membiarkan posisi trading lama terbuka sehingga 2-3 hari lebih kurang.
Apakah maksud STP (straight through processing) dalam forex – bermaksud system yang proses trading automatik terus ke Liquidity Provider tanpa melibatkan proses penglibatan manual dealing desk. Broker yang menggunakan proses STP adalah broker yang bagus.



Kelengkapan asas Forex trading

Desktop (PC)/Laptop/Smartphone

Gunakan mana-mana yang anda rasa sesuai. Jika anda inginkan skrin yang besar, gunalah PC. Kalau nak senang bergerak, gunalah laptop atau smartphone. Tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi. Sekarang



Internet

Kelajuan internet yang biasa pun dah memadai. Yang penting sambungan internet anda adalah stabil dan tidak mudah terputus. Terpulang sama ada nak gunakan broadband atau pun talian tetap.

Printer & Scanner

Kebanyakkan printer pada masa sekarang sudah dilengkapi dengan scanner sekali. Printer boleh anda gunakan untuk mencetak maklumat penting. Scanner pula perlu untuk scan IC, lesen, bil dan sebagainya semasa membuka akaun dengan broker Forex. Sebagai alternatif, anda juga boleh gunakan kamera handphone atau kamera digital.


18 Jun 2018

Matawang didagangkan dalam pair

Terdapat 8 matawang utama dalam Forex:

SingkatanMaksudNegaraNickname
USDUS DollarUnited StatesGreenback
EUREuroEuro zoneFiber
GBPGreat Britain PoundUnited KingdomCable
CHFSwiss FrancSwitzerlandSwissy
JPYJapanese YenJapanYen
CADCanadian DollarCanadaLoonie
AUDAustralian DollarAustraliaAussie
NZDNew Zealand DollarNew ZealandKiwi
Pair terdiri daripada Base currency dan Quote currency.
Contoh: GBP/USD. Base = GBP, Quote = USD
3 kategori pair yang paling banyak didagangkan:
Currency yang berpasangan dengan USD.
EUR/USD
USD/JPY
GBP/USD
USD/CHF
USD/CAD
AUD/USD
NZD/USD
Major currency yang berpasangan dengan selain USD. Juga dikenali sebagai Cross Pair.
Euro CrossYen CrossPound CrossLain-lain
EUR/CHFEUR/JPYGBP/CHFAUD/CHF
EUR/GBPGBP/JPYGBP/AUDAUD/CAD
EUR/CADCHF/JPYGBP/CADAUD/NZD
EUR/AUDCAD/JPYGBP/NZDCAD/CHF
EUR/NZDAUD/JPY
NZD/CHF

NZD/JPY
NZD/CAD
Major currency yang berpasangan dengan currency lain.
USD/HKD
USD/SGD
USD/ZAR
USD/THB
USD/MXN
USD/DKK
USD/SEK
USD/NOK