18 Jun 2018

Apa itu Forex & Masa Trading Forex

Forex (FX) = Foreign Exchange = Tukaran Mata Wang Asing

FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan urus niaga matawang merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara terhadap mata wang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia selama 24 jam sehari secara berterusan. 


Forex adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Jumlah dagangan sekarang telah mencecah $5 trilion sehari, 200 kali lebih besar dari pasaran saham seluruh dunia.
Sejak Forex dibuka kepada umum pada tahun 1996, dagangan boleh dilakukan secara atas talian. Mudah kerana semuanya di hujung jari sahaja. Kita sebagai retail trader ibarat nelayan (trader) memancing/memukat di lautan (forex).

Pergerakan pasar Forex bermula dari pasar New Zealand & Australia yang, terus ke pasar Asia iaitu Jepun Singapura & Hongkong, ke pasar Eropah iaitu Jerman sampai ke pasar Amerika.. Dalam perkembangan sejarahnya, bank Pusat milik negara-negara dengan cadangan mata wang asing yang terbesar sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan pasar forex yang bebas.

Sesi Perdagangan


Pasaran mata wang tidak akan pernah berhenti selagi duit masih diguna pakai. Walaupun Forex berjalan 24/7, tetapi anda hanya boleh trade dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja (5 hari). Ini disebabkan oleh broker tutup pada hujung minggu, termasuk hari cuti umum. Jadi hanya 20 hari sahaja anda boleh trade dalam setiap bulan.

Dalam sehari bukan sepanjang waktu market aktif. Ada waktu rancak, ada waktu perlahan. Dalam gambar di bawah menunjukkan 4 sesi utama ekonomi dunia. Sesi London & New York paling aktif. Dalam dua sesi tersebut ada pula jam paling aktif, iaitu waktu overlap (pertembungan), maksudnya kedua-dua sesi London & New York sedang aktif. Sesi pasaran dapat digunakan sebagai panduan untuk mengetahui mata wang mana yang banyak didagangkan.

Untuk day trader masa yang paling produktif adalah antara pembukaan pasaran London pada jam 2:00 PM dan penutupan pasaran Amerika Syarikat pada jam 05:00 AM. Masa puncak untuk perdagangan adalah apabila pasaran Amerika Syarikat dan London bertindih antara pukul 8 malam - 12 pagi

Berikut adalah gambaran ringkas mengenai sesi dagangan yang akan membantu anda memanfaatkan pasaran:

SESI ASIAN - dibuka pada pukul 05:00 AM pada pagi Isnin, masuk ke sesi perdagangan Eropah pada pukul 3:00 PM; tidak sesuai untuk day trading.

SESI LONDON - dibuka antara pukul 3:00 PM - 12:00 AMEUR, GBP, USD adalah mata wang paling aktif;

SESI AS - dibuka antara pukul 8:00 PM - 05:00 AMUSD, EUR, GBP, AUD, JPY adalah mata wang paling aktif;




Waktu siang dan malam yang berbeza mempengaruhi waktu rancak ekonomi negara-negara tersebut. Pertengahan minggu (Selasa, Rabu dan Khamis) adalah hari paling aktif. Kebiasaannya hari Isnin adalah paling perlahan, mungkin faktor baru mula bekerja. Mood bercuti belum habis lagi. Hari Jumaat paling susah untuk dijangka kerana ia adalah hari terakhir dalam setiap minggu dan trader lebih cenderung untuk menutup posisi masing-masing pada hari tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan