Pemalas dan cepat putus asa.
Ok, sini bukan tempat anda. Maaf kerana kasar bahasa. Tetapi ini untuk kebaikkan anda sendiri. Jika anda teruskan juga, saya 100% pasti anda akan lebih kecewa nanti kerana tiada benda cepat & senang di sini. Hanya orang yang betul-betul tabah sahaja boleh bertahan.

Tak mahu rugi langsung, satu sen pun tak nak.
Mana ada business yang tak rugi, masing-masing ada risiko. Mustahil nak perfect 100%. Kalau 60% untung 40% rugi pun bagus sangat dah. Jika anda tak mampu terima kerugian, baik jangan mula. Silap-silap boleh gila nanti.

Sedang dalam kesusahan dan ada masalah kewangan yang teruk.
Forex adalah perniagaan berisiko tinggi. Jadi sebaiknya trade bila dah ada duit lebih untuk buat modal dan tidak membebankan kehidupan anda.

Anggap Forex sebagai skim cepat kaya dan semudah ABC.
Memang tak mustahil untuk cepat kaya atau jadi jutawan Forex. Tapi skill (pengalaman) itu bukan boleh dapat dalam sehari sahaja. Semua kena belajar dan praktis sampai betul-betul faham.

Nak menunjuk-nunjuk jadi trader Forex.
Haha! jangan ingat tak ada, ramai yang berperangai pelik begini. Tapi di zaman millennium ni orang tak hairan dah, terlalu ramai full time trader sekarang. Kalau nak tahu, mereka sebenarnya lebih suka jadi low profile. Bukannya pung-pang sana sini.

Tiada ketahanan mental dan ada penyakit kronik.
Jangan gelak, benda ini bukan main-main. Jangan ingat trade Forex just duduk rilek goyang kaki. Tapi yang sebenarnya otak ligat bekerja, jantung pulak berdegup kencang. Orang yang mudah terganggu emosi dan ada masalah jantung sangat tidak sesuai melibatkan diri dalam bidang ini.

Ada plan untuk scam orang lain.
Dah banyak terjadi kes penipuan ini kat Malaysia. Tak kurang juga yang buat Forex macam MLM. Yang menanggung nama busuk dan dipandang sinis adalah trader yang sebenar.

kredit : caripips.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan